BANTUAN KHAS RM300 UNTUK PENEROKA FELDA, FELCRA, RISDA SEMPENA AIDILFITRI - DIARI KERJAYA

Breaking

Join Channel Telegram @diarikerjaya

Friday, May 15, 2020

BANTUAN KHAS RM300 UNTUK PENEROKA FELDA, FELCRA, RISDA SEMPENA AIDILFITRI


Kerajaan bersetuju memberi Bantuan Khas Hari Raya Aidilfitri 2020 sebanyak RM300 seorang kepada peneroka FELDA, FELCRA dalam kategori B40 dan pekebun kecil RISDA bermula Isnin ini.
Kerajaan mengambil maklum kedudukan harga pasaran global komoditi seperti kelapa sawit dan getah, yang kian merosot disebabkan penularan wabak COVID- 19.
Situasi ini secara langsung telah menjejaskan pendapatan hampir 500 ribu peneroka, peserta dan pekebun kecil yang bernaung di bawah FELDA, RISDA dan FELCRA di seluruh negara.
Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, bantuan khas itu membabitkan anggaran peruntukan sebanyak RM148 juta.
Menurut kenyataan itu, bantuan terbabit akan memberi manfaat kepada 113,000 peneroka FELDA, pengusaha FELCRA dalam kategori B40 (90,000) dan 292,000 pekebun kecil RISDA, iaitu pekebun yang mengusahakan tanah dengan keluasan tidak melebihi 2.5 hektar. Bantuan diberikan bagi meringankan beban kumpulan itu ekoran kemerosotan harga pasaran global komoditi seperti kelapa sawit dan getah disebabkan penularan wabak COVID-19.
"Kerajaan mengambil maklum kedudukan harga pasaran global komoditi seperti kelapa sawit dan getah, yang kian merosot disebabkan penularan wabak COVID-19.”
"Situasi ini secara langsung telah menjejaskan pendapatan hampir 500,000 peneroka, peserta dan pekebun kecil yang bernaung di bawah FELDA, RISDA dan FELCRA di seluruh negara," katanya.

Justeru, kerajaan berharap bantuan khas itu akan dapat meringankan beban warga agensi terbabit, terutamanya dalam persiapan menyambut Aidilfitri.
Sumber : Pejabat Perdana Menteri Malaysia

No comments:

Post a Comment