WANITA MANFAATKAN WANG BPN MAJUKAN BISNES PES CILI SEMASA PKP - DIARI KERJAYA

Breaking

Join Channel Telegram @diarikerjaya

Sunday, May 17, 2020

WANITA MANFAATKAN WANG BPN MAJUKAN BISNES PES CILI SEMASA PKP



PKP: WANITA MANFAATKAN WANG BPN MAJUKAN BISNES PES CILI


Seorang wanita dari Kampung Permatang Bertam di Kepala Batas, memanfaatkan wang Bantuan Prihatin Nasional (BPN) diterima suaminya, untuk membeli peralatan bagi memajukan perniagaan pes cili serba guna yang diusahakannya semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
Norhanani Salleh, 43, bertindak sedemikian selepas hilang sumber pendapatan apabila khidmat transit kanak-kanak dan cuci rumah yang dibuatnya terhenti akibat penularan wabak COVID-19.
Ibu kepada tiga anak itu, berkata sikap tidak suka berdiam diri mendorongnya menggunakan kepakaran memasak yang dimilikinya bagi menghasilkan pes cili serba guna yang dapatkan menjimatkan masa dan tenaga wanita bekerjaya termasuk suri rumah.
Beliau berkata sebelum ini telah membuat pes cili serba guna ini tetapi tidak fokus kerana sibuk dengan khidmat transit dan cuci rumah tetapi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) beliau mempunyai banyak masa kerana tidak boleh meneruskan perniagaan tersebut.
Justeru itu beliau menggunakan masa terluang yang ada untuk fokus kepada pembuatan dan penjualan pes secara kecil-kecilan apabila suaminya memberikan wang BPN yang diterima kepada beliau untuk membeli mesin pengisar, peti sejuk beku dan dapur gas bagi meningkatkan perniagaan tersebut.
Keadaan itu membuatkan rutin harian setiap pagi sepanjang tempoh PKP ini memasak pes cili yang mengambil masa empat hingga lima jam, bagi memastikan produk itu bertahan lama.
"Pes serba guna yang saya hasilkan adalah untuk masak merah dan masak hitam yang sesuai digunakan untuk apa jua masakan," katanya.
Selain penghasilan pes cili serba guna itu, beliau turut menghasilkan murtabak mini sejuk beku sepanjang Ramadan ini.


"Bagi saya, sama ada PKP atau PKPB, bukan alasan untuk duduk diam dan mengharapkan sahaja bantuan masuk tetapi sebaliknya berfikir bagaimana cara meneruskan hidup kerana rezeki Allah ini sangat luas, yang penting kita berusaha.
Beliau juga bersyukur sangat dengan masa lapang yang ada terisi dengan perniagaan seperti ini sekurang-kurangnya membantu meringankan beban suaminya yang bekerja sebagai pemandu di sebuah universiti awam.

Sumber : Berita Harian

No comments:

Post a Comment