JAWATAN KOSONG TERKINI DI UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA (UPNM) - DIARI KERJAYA

Breaking

Join Channel Telegram @diarikerjaya

Wednesday, May 13, 2020

JAWATAN KOSONG TERKINI DI UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA (UPNM)



PELUANG KERJAYA DI UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

Bagi warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berminat untuk mengisi kekosongan jawatan terkini yang ditawarkan di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) anda dipelawa untuk membuat permohonan.
JAWATAN KOSONG TERKINI DI UPNM 

1.   Pensyarah Universiti Gred DS51,DS53
2.   Pegawai Tadbir /Jurutera Gred N41/J41
3.   Penolong Pegawai Perubatan Gred U29
4.   Pembantu Pembedahan Pergigian Gred U19

SYARAT ASAS PERMOHONAN

a) Calon hendaklah warganegara Malaysia dan berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan iaitu 22 Mei 2020.

b) Mempunyai kelayakan yang telah ditetapkan untuk setiap jawatan yang hendak dipohon (boleh merujuk pada lampiran yang telah disediakan

c) Perlu memastikan membaca dengan teliti syarat permohonan setiap jawatan sebelum membuat permohonan.

CARA MEMBUAT PERMOHONAN
1. Semua permohonan hendaklah dibuat secara online dengan menggunakan sistem e-recruitment UPNM yang telah disediakan pautannya seperti dibawah.
2. Bagi permohonan jawatan akademik, anda hendaklah membuat permohonan dengan menggunakan Borang Permohonan Jawatan Akademik (UPNM.PEND.HRM.001).
3. Borang permohonan boleh dimuat turun di pautan yang diberikan dibawah.
4. Borang hendaklah diisi dengan lengkap dan dihantarkan bersama-sama dengan dokumen-dokumen seperti berikut:-
a) Resume terkini
b) Salinan Kad Pengenalan
c) Sijil-sijil Akademik (SPM/STPM/Ijazah Sarjana Muda/Sarjana/PhD)
d) Sijil-sijil Ko-kurikulum / Penglibatan NGO
e) Testimonial/Pengesahan Kerja daripada majikan (bagi pekerja swasta / industri)
f) Slip gaji terakhir (jika masih berkhidmat)
5. Sila pastikan anda membaca dengan teliti arahan-arahan yang telah disediakan bagi memastikan permohonan anda diterima dan dinilai sebaiknya oleh majikan.

No comments:

Post a Comment